kucing yang bertuah, Maneki Neko

selamat malam/pagi suboh suboh . hehehehehe. okay tadi aku keluar lah kejap pegi bandar. then, singgah lah satu kedai kasut. tengah membelek belek kasut, aku tertumpu pada satu objek unik di di tempat cashier kedai tu. sangat unik dan comel, bergerak gerak lak tu. bukan kasut, bukan sandal, bukan high heel, bukan stelleto ke segala bagai.

haaaaaa nak tahu ke? aku pun terus pegi ke cashier tu. then, aku tanya kat aunty chinese ni. "aunty aunty, ni benda gerak gerak tangan ni bentuk macam kucing ni ape hahh? si aunty tu macam pelik tengok aku, sambil menjeling atas bawah atas bawah dia balas "you ar, olang melayu first ha yang tanya apa benda ni? dah dekat lapan bulan ha i punya kedai bukak. satu olang melayu pon tak de langsung nak pedulik benda ni" aku pon tersenyum senyum. pastu aunty tu sambung lagi "kalau you nak tahu. ni olang cina panggil Lucky Cat. olang jepun panggil Maneki Neko. haiiyaa i cakap banyak banyak bukan you mahu beli i punya kasut"

hahahaha balik balik aje. aku terus search Lucky cat atau Maneko neko kat google. banyak betol info info tentang patung kucing ini. so nak share lah dengan semua pembaca pembaca. yang mana nak amek tahu tu terima kasih lah. harap dapat jadik kan ini sebagai pengetahuan am okayy. tak de lah kene bodo bodohh kan nanti :)

Lucky Cat atau Maneki Neko adalah patung berbentuk kucing yang mengangkat tangan kiri atau tangan kanan atau kedua dua nya sekali. dalam masyarakat china dan jepun, patung ini dianggap patung yang membawa tuah kepada pemilik nya. mereka percaya jikalau meletakkan patung patung ini di rumah mereka bermakna tetamu tetamu yang baik akan datang kerumah nya dan membawa keamanan di dalam rumah mereka. kalau letak di kedai kedai seperti restaurant atau lain lain bermakna keuntungan yang berlipat kali ganda akan di perolehi oleh pemilik nya. hahaha sebab tu aku paham aunty tu marah benor aku sibok sibok nak tanya benda alah ni. beli nya tidak pon. hahahahaha

di sebalik Lucky cat tersimpan cerita asal usul nye. okay ni haa aku nak bercerita sedikit sejarah terjadi nya Lucky Cat ni. ni pon aku just ringkas kan je sebab banyak sangat versi versi, ade yang versi jepon la china la. so aku just pendek dan ringkas kan okayy hehehehe. pada zaman dulu dulu, di pergunungan yang bersalji terdapat seorang pendeta yang duduk di dalam sebuah kuil yang sangat usang dan buruk. die ditemani oleh kucing peliharaan nya.

satu hari, kucing peliharaan nya terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki di kawasan sekitar kuil itu. gaya kucing itu memanggil pendeta itu dengan cara mengangkat/melambai lambai kaki depan nya ke atas sambil mengiau ngiau memanggil pendeta itu. atas dasar belas kasihan si pendeta itu membawa lelaki yang tercedara akibat kecelakaan itu ke kuil nya. dia merawat lelaki itu sehingga betul betul sembuh. lelaki itu pulang setelah sembuh. namun, lelaki itu kembali semula untuk membalas jasa si pendeta itu dengan membaiki keseluruhan kuil nya dan memberikan bekalan makanan. rupa rupa nya lelaki itu seorang jutawan yang terjatuh dari gunung ketika menjalani ekspedisi mendaki gunung. pendeta itu sangat gembira dan berterima kasih kepada kucingnya. setelah kucing nya mati dia membina sebuah patung kucing yang tangan terangkat sebagai simbolik kepada kucing nye yang sangat bertuah itu.


ini lah maneki neko. tetapi ini adalah versi original. maksudnya tangan nya tidak bergerak dan diperbuat dari tembikar



ini pulak versi yang dah di ubah suai. deperbuat dari plastik n menggunakan bateri atau solar utk mngerakan tangan nya



ini pulak maneki neko daripada kain. sesuai untuk di gantung kat hp atau beg

lukisan lukisan berasaskan maneki neko. sesuai untuk hiasan dinding!

ni pulak yang versi manusia punye. hehehe