Transformasi si kucing betina-selina kyle


siapakah selina kyle?
selina kyle ialah salah satu watak dalam hero-hero DC comics iaitu Catwoman. dia adalah watak penggoda, pembantu dan penyebok kat dalam dalam komik batman. sebelum tu aku nak bercerita tentang latar belakang kehidupan selina kyle. nama sebenar beliau ialah selina kyle. pada mula nya dia hidup di dalam kehidupan yang penuh tragis. semasa dia kecik kecik, ibu nya Maria Kyle mati bunuh diri dalam keadaan yang mengerikan manakala bapa nya Brian Kyle mati akibat dari kemalangan. bersama adik nya maggie kyle, mereka di hantar di Sprang hall juvenile detention center, sebuah rumah anak anak yatim. kehidupan nya bermula di Gotham city apabila dia melakukan jenayah jenayah kecil seperti mencuri. selina kyle seorang yang lincah dan sangat mahir dalam gymnastic menjadikan dia di beri nama 'pencuri kucing'. Jabatan Polis Gotham City seringkali gagal menangkap diri nya kerana dia berjaya meloloskan diri nya seperti seekor kucing.

selina kyle a.k.a catwoman, mula mula muncul dalam Batman # 1 (1940) di mana beliau dikenali sebagai  the cat. dalam penampilan pertama beliau, beliau adalah seorang pencuri membawa cambuk/tali panjang untuk melibas yang digunakan sebagai senjata untuk diri nya. dia telah dicipta oleh Bill Finger dan Bob Kane di dalam siri komik batman pada ketika itu.

dia mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. kemudian, bekas juara angkat berat Ted grant (wildcat) mengajarnya seni tinju. dari masa ke semasa, selina kyle telah menjadi seorang pencuri yang dikehendaki oleh Jabatan Polis Gotham City. walaupun begitu sikap nya juga sangat baik. selina kyle juga telah menggunakan kuasa luarbiasa nye untuk membantu kanak kanak yang malang, menangkap pencuri walaupun dia tahu dia pon seorang pencuri.dia mula melindungi Gotham City, dengan gaya sendiri di dalam siri siri komikyang terbaru.

kuasa dan kemampuannya? 

kelajuan seperti seekor kucing
Walaupun tidak dianggap luarbiasa, beliau sangat pantas dan lincah meloloskan diri dari anggota anggota polis Gotham City. malah setiap langkah pergerakan nya ibarat seekor kucing

seorang atlet yang hebat
selina kyle adalah seorang gymnas yang berbakat. oleh itu kemampuan atau kemahiran yang perolehi nya digunakan untuk menjadi seorang pencuri yang paling hebat di Gotham City.

hubungan yang rapat dengan kucing
selina kyle amat rapat dengan kucing. semua kucing kucing akan berduyun duyun datang kepada nya. seperti mempuayai kuasa luarbiasa, selina kyle boleh menenangkan kucing ketika cedera, melatih mereka, berkawan dengan mereka dan membentuk ikatan yang kuat dengan mereka. malah kucing kucing akan menolong dia apabila di serang oleh musuh nya. jadi, selina kyle menganggap kucing sebagai teman teman nya dan bukan musuh nya.

pejuang  atau superherion  
dia telah di latih oleh pakar dalam dalam seni mempertahankan diri, tinju dan lain lain. beliau adalah superheroin yang merbahaya, cerdik dan pintar. juga dikenali dengan serangan yang tepat dan tangkas. kelajuan nya untuk menumbangkan musuh ditambah dengan kelajuan seperti kucing. juga telah menguasai gaya dragon dan kung fu.

gaya penggoda
selina kyle mempunyai bentuk badan yang menarik. sekali lagi menjadikan ramai lelaki mudah tergoda dengan beliau. die menggunakan nya sebagi teknik sebelum menjatuhkan pihak lawan nya. beliau juga dapat mengetahui mood lelaki dan mengukur tahap kemahuan setiap lelaki.

   

Transformasi transformasi catwoman 

The Cat 
Selina Kyle mula mula muncul sebagai "Cat" di Batman # 1 (1940). dia pencuri yang misteri, pencuri pelbagai jenis permata,lukisan lukisan antik dan sebagai nya, dan juga seorang perempuan simpanan. Dia tidak memakai apa-apa bodysuit kucing lagi ketika itu. dia hanya pakaian berwarna hijau tanpa memakai apa apa topeng di wajah nya.


selina kyle di awal awal kemunculan beliau sebagai 'The Cat'
Topeng Pertama
selepas itu, die memutuskan untuk memakai topeng mirip kucing pertama nye. tetapi dia masih memakai gaun malam yang berwarna kuning serta jubah yang panjang.


Catwoman
pada tahun 1947, buat pertama kali nya watak 'the cat' telah ditukarkan pada 'catwoman'. selain itu, bodysuit selina kyle juga telah berubah. penampilan beliau pada masa itu seakan akan pencuri kucing yang seksi dan sangat lincah. bodysuit berwarna ungu dilengkapi dengan selendang berwarna hijau. beliau juga memakai topeng sambil rambut dilepaskan keluar. ber aksesori kan sepasang but dan tali pinggang

sangat sesuai bodysuit kali ni.
Hijau semula
dalam Batman # 197 (1967), Selina kyle muncul dalam pakaian yang baru, yang masih bodysuit dengan topeng tetapi warna nya ditukar kembali kepada warna hijau. 
 

Perubahan demi perubahan
catwoman mengalami perubahan radikal dalam penampilan awal pada tahun 1969. dia tidak mengenakan pakaian hijau nye lagi, malah, rambut yang yang dipotong pendek. dia muncul pertama kali dalam  Batman # 210, Mac 1969. catwoman terus menggunakan bodysuit ini sehingga Mei 1974.

 
Seksi dan Klassik
pada tahun1983, Batman # 355, Selina kyle memakai semula  pakaian gaun ungu lebih rendah dan menunjukkan kakinya. But nya juga  telah ditukar menjadi lebih panjang dan yang lebih ketat. dan sarung tangan telah diubah untuk memnampakkan jari jemari nya. 

 
Year One
pada tahun 1986, semasa Batman Year One di keluarkan catwoman mempunyai gaya rambut yang pendek dan memakai bodysuit kelabu lengkap dengan ekor dan misai, dan juga mempunyai but buku lali bergaya. ini di lihat sehingga tahun 1993. 


Siri siri sendiri
apabila catwoman akhirnya mendapat siri sendiri pada tahun 1993. Beliau memakai catsuit spandeks ungu dengan but tinggi dan sarung tangan. beliau juga kembali ke topeng lama yang membiarkan rambutnya terjurai di seluruh muka nya.


Verstail 
menunjukkan catsuit baru nya yang serbaboleh, ia membekalkan selina kyle dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti google penglihatan malam. digunakan untuk iklim seperti padang pasir dan lain-lain seperti untuk pengembaraan bersalji.


Technocat 
catwoman pada tahun 90-an, dalam pertempuran dengan penjahat, dia dapati dirinya cedera dan pakaian nya juga koyak, jadi, catsuit nya juga di lengkapi dengan perisai khas yang canggih danlengkap dengan pelbagai senjata. 


Kembali pada Year One
selepas technocat, catwoman kembali semula memakai catsuit spandeks, kali ini tidak lagi mendedahkan rambut (kadangkala dia mempunyai misai bergantung kepada mood nya)


  
Tiada lagi Catwoman?
pada bahagian akhir siri pertama, selina kyle secara ringkas mengunakan pakaian ini. jelas menunjukkan ia bukan pakaian catwoman

 
Catsuit daripada kulit/leather
pada tahun 2001, catwoman telah diubah semula, catsuit kulit hitam dengan cermin mata besar. rupa yang moden.

 
Catwoman dalam Live Media 
terdapat ramai catwoman dalam siri televisyen Batman tahun 1960-an, yang pertama adalah Julie Newmar dalam 12 episod. 
 

Eartha Kitt menggantikannya dalam ketiga-tiga episod akhir Catwoman




dengan Lee Meriwether menggantikan dalam siri 1966.

 
Michelle Pfeiffer
catwoman telah digambarkan oleh Michelle Pfeiffer dalam filem Batman Return 1992. Sebagai salah satu daripada dua penjahat utama. kisah catwoman asal telah di ubah. di sini, Selina Kyle digambarkan sebagai setiausaha sunyi, kecewa, namun amanah dan cekap rasuah kepada jutawan Max Shreck. selepas dia secara tidak sengaja menjumpai plot untuk membina loji janakuasa yang akan mencuri elektrik Gotham City, Shreck kemudian cuba untuk membunuh beliau dengan menolak keluar melalui tingkap. selina tidak bergerak gerak di atas tanah yang diliputi salji, seolah olah mati. beliau kemudiannyadihidupkan semula oleh sekumpulan kucing lorong yang berduyun-duyun di sekelilingnya dan menggigit pada jarinya.




Maggie Baird
Selina Kyle, catwoman telah muncul melalui flashback yang menggambarkan kematiannya, dalam tahun 2002 siri televisyen Bird of Prey. anak perempuan Batman dan Catwoman, The Huntress, juga dikenali sebagai Helena Kyle.



Halle Berry
filem Catwoman ditayangkan pada tahun 2004 yang dibintangi oleh Halle Berry. Catwoman versi ini hampir sama sedikit kepada versi buku yang komik, sebagai watak protagonis yang ego, di sini Patience Phillips, wanita yang akhirnya menjadi catwoman selepas mengalami saat saat kematian (sama seperti apa yang berlaku dengan karakter Pfeiffer.). Patience mendapat kuasa dari Bastet, dewi kucing Mesir melalui perhimpunan kucing yang dipimpin oleh Mau. filem ini merujuk kepada wanita lain pada masa lalu yang telah diberikan kebolehan seperti kucing, terutamanya di tempat kejadian di mana Patience mendapati dirinya di kalangan salah satu imej-imej catwomen terlebih dahulu, termasuk versi Batman Pfeiffer iaitu Selina Kyle


Anne Hathaway 
seterusnya selina kyle, catwoman di filem The Dark Knights Rises, di lakon kan oleh Anne Hathaway.