Catwoman of Shanghai

kali ni nak bercerita pasal satu series Dc comic batwoman of shanghai...satu projek animasi pendek Dc comic yang menggunakan watak wataknye seperti Batwoman, Catwoman, Bane dan lain lain lah, berkisah di Kota shanghai dalam era 1930an, sangat klasik ... tapi aku tak tertarik langsung kat watak lain cume tertarik dengan superheroin kesayangan ku, Catwoman... hehehe 




sangat berbeza dengan catsuit daripada gotham city dan arkham city.... Catwoman of shanghai lebih menunjukkan ciri ciri belatarbelakangkan kehidupan di shanghai... selina kyle pada siri ini mengenakan catsuit berwarna putih merah dah catsuit nye sepeti sepasang baju tradisional kaum wanita di shanghai.. masih memakai topeng dah cat whip nye sedikit panjang sesuai untuk menumpaskan pihak lawan nye...purrrrrfect!!! :)

Welcome Back!!! :)

Hai semua pembaca pembaci...hahhaha... sekarang my blog dah bertukar baru ye...tiada lagi merepek meraban..cume ade nye cerita berkenaan ngan kegilaan ku ialah binatang kesayangan nabi berkaki empat,kucing...mioww... hehehe so segala ape yang terlintas dalam kepala otak aku berkenaan ngan binatang ini akan aku salurkan ke blog ini untuk tatapan korang ye.. hehehe dan lagi satu thanks a lot to my follower..dan yg bukan follower aku pon tysm bnyak stakat skodeng skodeng je kan... hehe nak komen pon bukan boleh komen pon kannn..hehehe okay choww :)

kucing yang bertuah, Maneki Neko

selamat malam/pagi suboh suboh . hehehehehe. okay tadi aku keluar lah kejap pegi bandar. then, singgah lah satu kedai kasut. tengah membelek belek kasut, aku tertumpu pada satu objek unik di di tempat cashier kedai tu. sangat unik dan comel, bergerak gerak lak tu. bukan kasut, bukan sandal, bukan high heel, bukan stelleto ke segala bagai.

haaaaaa nak tahu ke? aku pun terus pegi ke cashier tu. then, aku tanya kat aunty chinese ni. "aunty aunty, ni benda gerak gerak tangan ni bentuk macam kucing ni ape hahh? si aunty tu macam pelik tengok aku, sambil menjeling atas bawah atas bawah dia balas "you ar, olang melayu first ha yang tanya apa benda ni? dah dekat lapan bulan ha i punya kedai bukak. satu olang melayu pon tak de langsung nak pedulik benda ni" aku pon tersenyum senyum. pastu aunty tu sambung lagi "kalau you nak tahu. ni olang cina panggil Lucky Cat. olang jepun panggil Maneki Neko. haiiyaa i cakap banyak banyak bukan you mahu beli i punya kasut"

hahahaha balik balik aje. aku terus search Lucky cat atau Maneko neko kat google. banyak betol info info tentang patung kucing ini. so nak share lah dengan semua pembaca pembaca. yang mana nak amek tahu tu terima kasih lah. harap dapat jadik kan ini sebagai pengetahuan am okayy. tak de lah kene bodo bodohh kan nanti :)

Lucky Cat atau Maneki Neko adalah patung berbentuk kucing yang mengangkat tangan kiri atau tangan kanan atau kedua dua nya sekali. dalam masyarakat china dan jepun, patung ini dianggap patung yang membawa tuah kepada pemilik nya. mereka percaya jikalau meletakkan patung patung ini di rumah mereka bermakna tetamu tetamu yang baik akan datang kerumah nya dan membawa keamanan di dalam rumah mereka. kalau letak di kedai kedai seperti restaurant atau lain lain bermakna keuntungan yang berlipat kali ganda akan di perolehi oleh pemilik nya. hahaha sebab tu aku paham aunty tu marah benor aku sibok sibok nak tanya benda alah ni. beli nya tidak pon. hahahahaha

di sebalik Lucky cat tersimpan cerita asal usul nye. okay ni haa aku nak bercerita sedikit sejarah terjadi nya Lucky Cat ni. ni pon aku just ringkas kan je sebab banyak sangat versi versi, ade yang versi jepon la china la. so aku just pendek dan ringkas kan okayy hehehehe. pada zaman dulu dulu, di pergunungan yang bersalji terdapat seorang pendeta yang duduk di dalam sebuah kuil yang sangat usang dan buruk. die ditemani oleh kucing peliharaan nya.

satu hari, kucing peliharaan nya terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki di kawasan sekitar kuil itu. gaya kucing itu memanggil pendeta itu dengan cara mengangkat/melambai lambai kaki depan nya ke atas sambil mengiau ngiau memanggil pendeta itu. atas dasar belas kasihan si pendeta itu membawa lelaki yang tercedara akibat kecelakaan itu ke kuil nya. dia merawat lelaki itu sehingga betul betul sembuh. lelaki itu pulang setelah sembuh. namun, lelaki itu kembali semula untuk membalas jasa si pendeta itu dengan membaiki keseluruhan kuil nya dan memberikan bekalan makanan. rupa rupa nya lelaki itu seorang jutawan yang terjatuh dari gunung ketika menjalani ekspedisi mendaki gunung. pendeta itu sangat gembira dan berterima kasih kepada kucingnya. setelah kucing nya mati dia membina sebuah patung kucing yang tangan terangkat sebagai simbolik kepada kucing nye yang sangat bertuah itu.


ini lah maneki neko. tetapi ini adalah versi original. maksudnya tangan nya tidak bergerak dan diperbuat dari tembikar



ini pulak versi yang dah di ubah suai. deperbuat dari plastik n menggunakan bateri atau solar utk mngerakan tangan nya



ini pulak maneki neko daripada kain. sesuai untuk di gantung kat hp atau beg

lukisan lukisan berasaskan maneki neko. sesuai untuk hiasan dinding!

ni pulak yang versi manusia punye. hehehe


Transformasi si kucing betina-selina kyle


siapakah selina kyle?
selina kyle ialah salah satu watak dalam hero-hero DC comics iaitu Catwoman. dia adalah watak penggoda, pembantu dan penyebok kat dalam dalam komik batman. sebelum tu aku nak bercerita tentang latar belakang kehidupan selina kyle. nama sebenar beliau ialah selina kyle. pada mula nya dia hidup di dalam kehidupan yang penuh tragis. semasa dia kecik kecik, ibu nya Maria Kyle mati bunuh diri dalam keadaan yang mengerikan manakala bapa nya Brian Kyle mati akibat dari kemalangan. bersama adik nya maggie kyle, mereka di hantar di Sprang hall juvenile detention center, sebuah rumah anak anak yatim. kehidupan nya bermula di Gotham city apabila dia melakukan jenayah jenayah kecil seperti mencuri. selina kyle seorang yang lincah dan sangat mahir dalam gymnastic menjadikan dia di beri nama 'pencuri kucing'. Jabatan Polis Gotham City seringkali gagal menangkap diri nya kerana dia berjaya meloloskan diri nya seperti seekor kucing.

selina kyle a.k.a catwoman, mula mula muncul dalam Batman # 1 (1940) di mana beliau dikenali sebagai  the cat. dalam penampilan pertama beliau, beliau adalah seorang pencuri membawa cambuk/tali panjang untuk melibas yang digunakan sebagai senjata untuk diri nya. dia telah dicipta oleh Bill Finger dan Bob Kane di dalam siri komik batman pada ketika itu.

dia mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. kemudian, bekas juara angkat berat Ted grant (wildcat) mengajarnya seni tinju. dari masa ke semasa, selina kyle telah menjadi seorang pencuri yang dikehendaki oleh Jabatan Polis Gotham City. walaupun begitu sikap nya juga sangat baik. selina kyle juga telah menggunakan kuasa luarbiasa nye untuk membantu kanak kanak yang malang, menangkap pencuri walaupun dia tahu dia pon seorang pencuri.dia mula melindungi Gotham City, dengan gaya sendiri di dalam siri siri komikyang terbaru.

kuasa dan kemampuannya? 

kelajuan seperti seekor kucing
Walaupun tidak dianggap luarbiasa, beliau sangat pantas dan lincah meloloskan diri dari anggota anggota polis Gotham City. malah setiap langkah pergerakan nya ibarat seekor kucing

seorang atlet yang hebat
selina kyle adalah seorang gymnas yang berbakat. oleh itu kemampuan atau kemahiran yang perolehi nya digunakan untuk menjadi seorang pencuri yang paling hebat di Gotham City.

hubungan yang rapat dengan kucing
selina kyle amat rapat dengan kucing. semua kucing kucing akan berduyun duyun datang kepada nya. seperti mempuayai kuasa luarbiasa, selina kyle boleh menenangkan kucing ketika cedera, melatih mereka, berkawan dengan mereka dan membentuk ikatan yang kuat dengan mereka. malah kucing kucing akan menolong dia apabila di serang oleh musuh nya. jadi, selina kyle menganggap kucing sebagai teman teman nya dan bukan musuh nya.

pejuang  atau superherion  
dia telah di latih oleh pakar dalam dalam seni mempertahankan diri, tinju dan lain lain. beliau adalah superheroin yang merbahaya, cerdik dan pintar. juga dikenali dengan serangan yang tepat dan tangkas. kelajuan nya untuk menumbangkan musuh ditambah dengan kelajuan seperti kucing. juga telah menguasai gaya dragon dan kung fu.

gaya penggoda
selina kyle mempunyai bentuk badan yang menarik. sekali lagi menjadikan ramai lelaki mudah tergoda dengan beliau. die menggunakan nya sebagi teknik sebelum menjatuhkan pihak lawan nya. beliau juga dapat mengetahui mood lelaki dan mengukur tahap kemahuan setiap lelaki.

   

Transformasi transformasi catwoman 

The Cat 
Selina Kyle mula mula muncul sebagai "Cat" di Batman # 1 (1940). dia pencuri yang misteri, pencuri pelbagai jenis permata,lukisan lukisan antik dan sebagai nya, dan juga seorang perempuan simpanan. Dia tidak memakai apa-apa bodysuit kucing lagi ketika itu. dia hanya pakaian berwarna hijau tanpa memakai apa apa topeng di wajah nya.


selina kyle di awal awal kemunculan beliau sebagai 'The Cat'
Topeng Pertama
selepas itu, die memutuskan untuk memakai topeng mirip kucing pertama nye. tetapi dia masih memakai gaun malam yang berwarna kuning serta jubah yang panjang.


Catwoman
pada tahun 1947, buat pertama kali nya watak 'the cat' telah ditukarkan pada 'catwoman'. selain itu, bodysuit selina kyle juga telah berubah. penampilan beliau pada masa itu seakan akan pencuri kucing yang seksi dan sangat lincah. bodysuit berwarna ungu dilengkapi dengan selendang berwarna hijau. beliau juga memakai topeng sambil rambut dilepaskan keluar. ber aksesori kan sepasang but dan tali pinggang

sangat sesuai bodysuit kali ni.
Hijau semula
dalam Batman # 197 (1967), Selina kyle muncul dalam pakaian yang baru, yang masih bodysuit dengan topeng tetapi warna nya ditukar kembali kepada warna hijau. 
 

Perubahan demi perubahan
catwoman mengalami perubahan radikal dalam penampilan awal pada tahun 1969. dia tidak mengenakan pakaian hijau nye lagi, malah, rambut yang yang dipotong pendek. dia muncul pertama kali dalam  Batman # 210, Mac 1969. catwoman terus menggunakan bodysuit ini sehingga Mei 1974.

 
Seksi dan Klassik
pada tahun1983, Batman # 355, Selina kyle memakai semula  pakaian gaun ungu lebih rendah dan menunjukkan kakinya. But nya juga  telah ditukar menjadi lebih panjang dan yang lebih ketat. dan sarung tangan telah diubah untuk memnampakkan jari jemari nya. 

 
Year One
pada tahun 1986, semasa Batman Year One di keluarkan catwoman mempunyai gaya rambut yang pendek dan memakai bodysuit kelabu lengkap dengan ekor dan misai, dan juga mempunyai but buku lali bergaya. ini di lihat sehingga tahun 1993. 


Siri siri sendiri
apabila catwoman akhirnya mendapat siri sendiri pada tahun 1993. Beliau memakai catsuit spandeks ungu dengan but tinggi dan sarung tangan. beliau juga kembali ke topeng lama yang membiarkan rambutnya terjurai di seluruh muka nya.


Verstail 
menunjukkan catsuit baru nya yang serbaboleh, ia membekalkan selina kyle dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti google penglihatan malam. digunakan untuk iklim seperti padang pasir dan lain-lain seperti untuk pengembaraan bersalji.


Technocat 
catwoman pada tahun 90-an, dalam pertempuran dengan penjahat, dia dapati dirinya cedera dan pakaian nya juga koyak, jadi, catsuit nya juga di lengkapi dengan perisai khas yang canggih danlengkap dengan pelbagai senjata. 


Kembali pada Year One
selepas technocat, catwoman kembali semula memakai catsuit spandeks, kali ini tidak lagi mendedahkan rambut (kadangkala dia mempunyai misai bergantung kepada mood nya)


  
Tiada lagi Catwoman?
pada bahagian akhir siri pertama, selina kyle secara ringkas mengunakan pakaian ini. jelas menunjukkan ia bukan pakaian catwoman

 
Catsuit daripada kulit/leather
pada tahun 2001, catwoman telah diubah semula, catsuit kulit hitam dengan cermin mata besar. rupa yang moden.

 
Catwoman dalam Live Media 
terdapat ramai catwoman dalam siri televisyen Batman tahun 1960-an, yang pertama adalah Julie Newmar dalam 12 episod. 
 

Eartha Kitt menggantikannya dalam ketiga-tiga episod akhir Catwoman




dengan Lee Meriwether menggantikan dalam siri 1966.

 
Michelle Pfeiffer
catwoman telah digambarkan oleh Michelle Pfeiffer dalam filem Batman Return 1992. Sebagai salah satu daripada dua penjahat utama. kisah catwoman asal telah di ubah. di sini, Selina Kyle digambarkan sebagai setiausaha sunyi, kecewa, namun amanah dan cekap rasuah kepada jutawan Max Shreck. selepas dia secara tidak sengaja menjumpai plot untuk membina loji janakuasa yang akan mencuri elektrik Gotham City, Shreck kemudian cuba untuk membunuh beliau dengan menolak keluar melalui tingkap. selina tidak bergerak gerak di atas tanah yang diliputi salji, seolah olah mati. beliau kemudiannyadihidupkan semula oleh sekumpulan kucing lorong yang berduyun-duyun di sekelilingnya dan menggigit pada jarinya.




Maggie Baird
Selina Kyle, catwoman telah muncul melalui flashback yang menggambarkan kematiannya, dalam tahun 2002 siri televisyen Bird of Prey. anak perempuan Batman dan Catwoman, The Huntress, juga dikenali sebagai Helena Kyle.



Halle Berry
filem Catwoman ditayangkan pada tahun 2004 yang dibintangi oleh Halle Berry. Catwoman versi ini hampir sama sedikit kepada versi buku yang komik, sebagai watak protagonis yang ego, di sini Patience Phillips, wanita yang akhirnya menjadi catwoman selepas mengalami saat saat kematian (sama seperti apa yang berlaku dengan karakter Pfeiffer.). Patience mendapat kuasa dari Bastet, dewi kucing Mesir melalui perhimpunan kucing yang dipimpin oleh Mau. filem ini merujuk kepada wanita lain pada masa lalu yang telah diberikan kebolehan seperti kucing, terutamanya di tempat kejadian di mana Patience mendapati dirinya di kalangan salah satu imej-imej catwomen terlebih dahulu, termasuk versi Batman Pfeiffer iaitu Selina Kyle


Anne Hathaway 
seterusnya selina kyle, catwoman di filem The Dark Knights Rises, di lakon kan oleh Anne Hathaway.







The cat sungguh seram

hai semua pembaca pembaca dan follower aku. nak ucap selamat petang yang sungguh panas ni. huhhhhh memang sangat  panas. dah bergelen gelen air aku tegukk. huhuhuhu sangat haus okayyy.

okay okay. tadi mase tengah lepak lepak. my sis saje je cakap ngan aku ade tak citer citer hantu nak tengok petang petang panas terik ni. aku pon teringat kan lah cerite movie korea yang aku nak tengok tak kesampaian tu. jadi aku terus open new tab n bukak youtube. search 'the cat'. then, ade lah kuar cerita nye. siap ade part 1 sampai part 7. huhuhuhuhu

so, aku nak bagi lah sinopsis kan je cerita ini mengisahkan seeorang perempuan so-yeon yang menderita claustrophobia atau pon trauma dihidapi nya sewaktu die kecil kecil. so-yeon masih di dalam rawatan dari semasa ke semasa. die bekerja sebagai pendandan binatang peliharaan di sebuah kedai haiwan peliharaan. satu hari, seekor kucing,bidanyi telah datang ke kedai nye untuk di-grooming. so, the next day, owner kucing itu ambil kucing itu untuk di bawa balik. sejurus selepas itu, owner kucing itu telah di jumpai mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam lif di apartment nye.

so-yeon juga telah di suruh oleh seorang pegawai polis, joon-suk untuk menjaga bidanyi untuk di bawa balik sementara pihak polis masih meyiasat kes pembunuhan tuan nye. sejurus selepas bidanyi di bawa balik kerumah so-yeon, pelbagai kejadian aneh yang berlaku di rumah nya. die di datangi bayangan kanak kanak kecil berambut pendek. kawan so-yeon, bo-hee juga turut mati di rumah nya. ketakutan so-yuen semakin menjadi dan die mengesyaki bidanyi ialah seekor kucing yang sangat pelik. so start dari hari tu. dia dan joon-suk berusaha mencari jalan penyelesaian nye. hahahaha so, kalau korang nak tahu ape ending nye tengok lah sindiri okayyy...

moral of this story is jangan lah kita menganiaya binatang lebih lebih lagi kucing. kucing ialah binatang kesayangan Rasullah. jangan lah sekali nak tendang tendang ke jirus air panas ke. come on lah. lagi lagi isu hangat kat china ni bila ade lak resepi baru sup kucing. adehhhh kesian kucing kucing kat china tu. dia kurung banyak banyak sampai ade yang mati sebab duk dalam sangkar yang sempit tu. pastu dia rebus hidup hidup n siat bulu nye. ade setengah yang bakar hidup hidup. mintak jauh jauh lah kalau ade berlaku kat malaysia. if ade kat malaysia aku orang pertama yang protess bende bende ni. :)

Poster nye!
so-yeon sedang membelai bidanyi.
joon-suk sedang memeriksa rakaman cctv semasa kematian owner bidanyi di lif apartment umah nye.
so-yeon sedang mencari sesuatu

ni lah hantu budak berambut pendek tu. time ni tengah flashback ape yang berlaku. better watch it!

Baka Kucing Termahal

haii uols uols semua. rancak benor aku nak post post macam cerite kan?  hehe dah tak de cerita lain lah. so aku just nak share sikit info info tentang kucing. hehehehe tentu tentu kucing ialah binatang yang paling aku suke. lagi lagi kalau dapat yang bulu cantik, comel n gebu. lagi lah aku rase cam nak picit picit. hehehehe. tapi aku bab bab nak basuh berak kencing kucing memang cam haram laa. hahahaha.

okayy okayy. tak mahu melalot lalot merepek meraban. di bawah ni adalah senarai baka baka kucing yang paling mahal dan tak ditemui langsung kat belakang belakang kedai mamak ke kedai mak cik joyah ke kedai kopi ah leng. hahaha.


1. Persian
baka jenis persian ni baka paling popular dan boleh di dapati di mana mane negara. termasuk lah negara kite kan. hehehe. jenis Longhair cat ni mula diperkenalkan di negara Eropah. baka ni di temui di negara Persian atau Parsi atau sekarang di kenali sebagai Iran. Sebab tu die di panggil Persian. hehehe. Ia mula di pertonjolkan apabila buat pertama kali nye die satu cat show pada tahun 1871 di London Crystal Palace. waaahhh betol seyhh information aku. tak pe cat guide kan ade. hahahaha. mempunyai struktur rangka yang besar dan sangat aktif. berbulu tebal dah panjang. mempunyai bentuk muka yang bulat dan separa bulat. sangat manja dan jarang mengeluarkan bunyi yang bising. sesuai untuk di bela oleh penggemar penggemar kucing. bukan penggemar daging kucing cam kat china tu . tu memang kategori bangsat punye orang!

comel comel sume!

2. Exotic Shorthair
baka ni lak memang ade persamaan dengan persian. cume baka persian berbulu panjang, yang ni berbulu tebal dan tidak panjang. campuran dari baka american shorthair + persian terhasil lah baka ini. Baka jenis ni memang manja dan kadang kadang tidak mengeluarkan sangat bunyi. telatah nye yang sangat manja menjadikan baka kucing ini menjadi pilihan bagi penggemar penggemar kucing. mirip wajah nya seperti baka parsi yang kemek/flat face. exotic shorthair juga mempunyai rangka yang besar dan kadang kala mencapai berat sehingga 8 atau 9 kg (biar betik!). kalau anda pernah tengok cerita kartun garfield?. haaaaaa sebenarnye watak kartun itu adalah kucing dari baka exotic shorthair okayyy :)

bulat bulat mata mereka! hehehe

3. Maine Coon
baka dari jenis maine coon amat cantik. bulu nya yang kembang serta bentuk muka nye seakan akan musang menjadikan maine coon juga amat popular dari kalangan penggemar penggemar kucing. baka dari jenis long hair ini hidup di utara amerika (kat malaysia pon die boleh hidop okayyy). di kenali dengan saiz nya yang agak besar, perwatakan yang santai dan penampilan nya jugak amat kasar. kira die ni tidak lah selembut persian. hehehe.  pon di kenali sebagai Gentle Giant. sangat aktif dan lincah tetapi dalam masa yang sama agak manja dan suke di belai.

huhu! besar cam gergasi kan?

4. Bengal
Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah. Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh. Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan. Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah.
wahhhhh aku dah malas nak taip panjang lebar. so, aku copy and paste aje lahhh. hahahaha :)

cantik dan sangat unik!

5. Ragdoll
Ragdoll adalah sejenis baka kucing yang bersaiz besar. Ragdoll mempunyai bulu(coat) separuh panjang(semi-longhair) dan mempunyai mata berwarna biru. Ragdoll adalah baka yang bertanda(pointed breed) yang bermakna warna bulu(coat) dibadannya lebih lembut/terang(lighter) berbanding ditempat yang bertanda(pointed) iaitu di muka, kaki, ekor dan telinga. Ragdoll dibiakkan secara berhati-hati supaya dapat menghasilkan satu spesis kucing bersaiz besar yang manja dan jinak. Dia dapat dibiakkan dalam tiga corak iaitu, dua darinya mempunyai stokin putih(mitted) dan dua warna(bicolor) dan satu lagi tidak mempunyai warna putih tetapi berwarna(colorpoint). Kesempurnaan Ragdoll adalah kerana dia mempunyai keseimbangan kerana kejinakannya, dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri yang ekstrim. Kucing jantannya mempunyai berat 15-20lbs, manakala yang betinanya adalah lebih kecil dari jantan iaitu mempunyai berat sehingga 10-15lbs apabila cukup dewasa.
hahahaha  :)

cantek macam anak patong!

6. Himalayan
himalayan adalah kucing berpola colorpoint. Jenis kucing ini adalah kacukan antara kucing persia dan jenis kucing siamese. ini dibuktikan dengan pada tahun 1920 seorang ahli genetik Sweden, Dr. Tjebbes melakukan pembakaan kucing persian dengan siamese , sehingga terhasil baka baru dengan pola warna seperti siamese tetapi bulunya panjang seperti persian. tetapi baka ini lebih kurang sama dengan baka ragdoll. ciri-ciri utama kucing himalayan adalah pada warna matanya iaitu biru tua.

hampir sama dengan ragdoll!


7. American Shorthair
Kucing American Shorthair (ASH) berasal dari Amerika Syarikat, merupakan salah satu spesies kucing dengan ukuran tubuh yang sangat besar. Kucing American Shorthair memiliki fizikal yang kuat, dengan garis-garis warna gelap. Kucing American Shorthair merupakan kucing dengan watak yang baik dan cerdas, memiliki sifat yang sangat ramah dan suka bergaul. Dia mudah beradaptasi, relatif tenang walaupun tidak setenang kucing Persian. Kucing American shorthair ini sangat sesuai untuk anak-anak dan dapat berteman baik dengan binatang lainnya (misalkan dengan anjing). Perawatannya relatif mudah dan merupakan kucing yang mandiri, sehingga sesuai untuk pemilik yang sibuk. Mereka umumnya diam duduk menikmati di samping pemiliknya, dibandingkan duduk di pangkuan pemiliknya

corak pada badan nye sungguh unik seperti baka bengal

8. Britsih Shorthair
Kucing British Shorthair merupakan salah satu baka yang kucing tertua yang didunia. Kucing jenis ini lebih disukai karena sifatnya yang tenang dan setia. secara umum ukuran badannya medium sabgat besar dengan berat sehingga 4 - 8 kg. badannya tegap, padat, chubby, kuat dan berotot dengan dada, bahu serta pinggul yang lebar.  kepalanya bulat dan lebar dengan pipi penuh, terletak pada leher yang pendek dan tebal. hidung pendek, lebar dan lurus tanpa lekukan, bentuk dagunya bulat. ukuran telinga sedang dan lebar pada bagian bawah dengan ujung melengkung. Jarak antara kedua telinga sedang. mata besar dan bulat, warnanya berhubungan dengan warna bulu yaitu copper, gold, blue, green atau odd eyes.

pelbagai warna dan corak. gebu!

 9. Scottish Fold
Kucing Scottish Fold berasal dari Skotlandia, penampilannya seperti burung hantu dengan mata yang besar, sehingga sering disebut juga Kucing Coupari. Awalnya kucing ini dinamakan Flops (singkatan dari Floppy ears), nama Scottish Fold baru berkembang tahun 1966 sampai sekarang. kucing tersebut mulai berkembang biak dengan pesat sejak tahun 1970-an. Ciri utama kucing Scottish Fold Cat adalah bentuk telinganya yang berbeza dengan jenis kucing lainnya. Kucing ini memiliki telinga yang terlipat. Kucing ini adalah hasil mutasi, yang membuat telinganya terlipat dan turun kedepan, membuat wajah kucing ini mirip seperti burung hantu.  Kucing ini termasuk kucing yang  ramah dan tenang. Yang pasti penampilan kucing ini nampak lucu, dengan tubuh yang besar, kaki cukup pendek, bulunya tebal, dan mata lebar. Telinganya membungkuk ke depan dan ke bawah ke arah depan kepala mereka. Warna bulunya bermacam-macam.  Nenek moyang dari kucing ini adalah seekor kucing bernama Susie, yang lahir di Coupar Angus, Perthshire, Skotlandia, pada tahun 1961. Susie memiliki telinga terlipat, yang diturunkan pada sebagian anak kucing yang dilahirkannya. William Ross, penggemar kucing yang tinggal di wilayah peternakan tersebut kemudian mengembang-biakkan kucing jenis ini, dengan bantuan Pat Turner seorang ahli genetic.

sangat unik seperti burung hantu!


10. American Curl
kucing baka American Curl, untuk yang versi Shorthair (American Curl Shorthair) awalnya dikembangkan di Amerika Serikat (California). Kucing ini merupakan kucing akibat mutasi genetik. Kucing ini bertubuh medium, termasuk jenis shorthair (berambut/berbulu pendek). Warna bulu kucing ini beraneka ragam. Ciri utama kucing ini adalah bentuk telinganya yang keriting (curl) atau melengkung/melipat ke belakang. Menangani telinganya harus hati-hati, kerana penanganan yang kasar dapat merosakkan tulang rawan di telinga tersebut. Kucing American Curl memiliki karakter yang lembut, ramah, dan hangat. Mereka senang bila diajak beraktiviti bersama pemiliknya, Kucing ini sangat setia, juga cepat beradaptasi dengan orang yang baru dikenalnya, kucing ini sangat menyenangkan. Karena keperibadian yang lembut, ramah dan hangat, maka bergaul sangat baik terhadap anak-anak, dan sangat menyenangkan bagi anak-anak. Kucing American Curl yang pertama adalah mutasi genetik alami yang disebut Shulamith. Awalnya kucing ini merupakan kucing liar yang ditemukan oleh Joe dan Grace Kerut di California pada tahun 1981. Saat lahir, semua anak kucing ini telinganya masih tegak, namun setelah hari ke 10 telinganya mulai melengkung. Saat dikembang-biakkan, dari 8 anak kucing yang lahir, 50% nya (4 anak kucing) memiliki telinga curl (melengkung), sedangkan yang 4 lagi telinganya normal. Pada pengembang-biakan selanjutnya, ternyata peluang menghasilkan telinga yang keriting (curl) sekitar 50% dari setiap kelahiran anak kucing tersebut.

sama seperti scottish fold tapi telinga nya terlipat ke belakang!




11.Ragamuffin



Kucing Ragamuffin tampak sangat mirip dengan kucing Ragdoll, perbedaannya adalah pada bentuk wajah dan mata. Mata Ragamuffin berbentuk kenari, hampir Oriental, sementara Mata Ragdoll oval. Bentuk bagian atas kepala juga lebih bulat. Kucing ini termasuk dengan rasmi berkembang biak bermula pada  tahun 1994. Kucing Ragamuffin merupakan hasil persilangan baka  kucing Ragdoll kucing dengan kucing lain. Kucing ini memiliki wajah yang sangat manis, karena pipinya berbulu dan mata yang berbentuk kenari, selain itu bulunya sangat lembut. Keperibadiannya seperti kucing Ragdoll, iaitu sangat jinak, lembut dan tenang, suka dimanja dan tidak tahan kesepian. Mereka cerdas dan dapat diajarkan beberapa trick. Kucing ini merupakan kucing peliharaan keluarga yang sangat baik, karena mereka nyaman dengan anak-anak, orang lain, dan haiwan peliharaan lainnya

hampir sama dengan ragdoll


12. American Bobtail
Kucing American Bobtail  merupakan salah satu baka kucing yang berkembang melalui seleksi alamiah. Meskipun kucing-kucing hutan bobtail (ekor pendek) telah ada di Amerika Serikat sejak dulu, namun program pengembang-biakan baru mulai berkembang sekitar akhir tahun 1960-an. Ciri utama kucing American Bobtail  ini adalah ekor yang tebal dan pendek, sekitar 1/3 panjang normal ekor  kucing. Seperti juga pada kucing Manx, bentuk ekor yang pendek tersebut merupakan hasil mutasi genetik.

comel!